16 Januari 2010

BAHAGIAN DAGU....AURATKAH????

Sejak akhir-akhir ini persoalan di atas seringkalimenjadi bualan dan perbahasan antara kaum hawa di tempat ana belajar ni.Soalan itu sering diajukan sesama sendiri.Namun jawapannya agak tergantung sebenarnya.Sebab masing-masing mengeluarkan pandangan dan pegangan masing.Ada yang kata ya dan yang kata tidak.Jadi di sini ana ingin membantu.Namun hukum ini bukan aku reka sendiri tetapi selepas merujuk pelbagai bahan.Ana harap sama-sama kita fikir-fikirkan.
menjawab persoalan bahagian bawah dagu aurat ke x, sy petik dr al-ahkam.net, harap dapat membantu :

Persoalan adakah dagu aurat, adalah furuk (pecahan) kepada persoalan adakah muka wanita itu aurat. Kerana syarak tidak menaskan secara terang hukum dagu, tetapi menaskan dalam dalam al-quran dan sunnah hukum berkaitan dengan muka.

Dan hukum dagu adalah hukum muka. Hujahnya:
i- Muka darisegi bahasa Arab ialah: daripada hujung dahi sehingga kepada dagu. ataupun dengan kata lain: yg dapat dilihat ketika berhadapan antara satu sama lain. maka tidak syak, dagu juga dilihat apabila kita berhadapan antara satu sama lain.

ii- Ibn Umar menyebut: "Bahagian atas daripada dagu, termasuk dalam anggota kepala". Muwatta' Malik 3/473 dan disahihkan athar ini oleh Nawawi dalam Majmuk 7/268.
mafhum daripada kalam ini: dagu itu sendiri adalah sebahagian daripada muka.

iii- Imam syafie yg terkenal dengan ilmu lughah menaskan dalam al-Umm 7/242: Bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

iv-disebut dalam Musu'ah Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (Ensklopedia Feqah Islam): Sepakat para ulama mengatakan bahawa dagu adalah sebahagian daripada muka.

KESIMPULAN: HUKUM DAGU ADALAH HUKUM MUKA. (tetapi yg dimaksudkan ialah: bahagian dagu yg kelihatan ketika berhadapan antara satu sama lain. manakala bahagian bawah daripada tulang dagu, adalah aurat.)

Adakah Dagu Wanita Aurat?
persoalan ini kembali kepada persoalan: Adakah muka wanita aurat?
-Jika memilih pendapat muka bukan aurat, maka dagu pun bukan aurat. sebagaimana pendapat kebanyakan ulama. majmuk 3/168, al-Insaf 1/452.
-Jika memilih pendapat semua badan perempuan adalah aurat, maka dagu juga adalah aurat.

wallahu a'lam.


kesimpulannya.. dagu yang xdikira aurat tu bahagian yang kelihatan ketika berhadapan antara satu sama lain. n bahagian bawah tulang dagu dikira aurat..

Tiada ulasan: