31 Julai 2009

SAAT-SAAT TERAKHIR

Assalamualaikum buat sahabat pembaca sekalin.....
Sebenarnya xtau sgt nak tulis ape,tp tgn ni gatal je nak taip sesuatu.
Skang ni sebenarnya pekse dah nak dekat tapi cam xsedar je lagi.Risau tu mmg risau,bukan sikt punyer risau tp risau sgt2 la.Cume cam risau tu sampai xtau nak watper.Tapi apepun aku tetap harapkan doa dari sekalian sahabat-sahabat yang ku sayangi agar mendoakan kejayaan aku.Bukan shj kejayaan di dunia tapi di akhirat.Oleh sebab aku i xteror cam kwn2 len so aku xla mengharap result yang gempak sgt.Tapi sekurang2 nyer xmengecewakan mak ayh n lec2 aku.

Alang2 aku dah menulis ni,nak la jugak share mklumat y aku dpt dari blog sahabat aku.....
Sebuah sektsa dalam agama Kristian, cara peribadatannya hampir sama dengan Islam. Sukar membezakan kristian gaya baru? Saat Maghrib telah tiba. Belasan orang di Hotel Sahid Surabaya itu bergegas sholat. Semuanya berkopiah dan dipimpin seorang imam. Jangan keliru,mereka bukan kaum Muslimin yang sedang menunaikan kewajiban sholat Mahgrib. Mereka adalah jamaah Kristian Ortodok.


Boleh jadi, orang awam akan terkeliru sebab , sektsa ini memang sangat mirip Islam.Bukan saja asalnya serumpun,Timur Tengah, tapi juga ritual dan tatacara peribadatannya nyaris sama. Tengoklah saat mereka sholat. Selain berkopiah dan dipimpin seorang imam, bila berjamaah, juga memakai bahasa Arab. Rukun sholatnya pun hampir sama. Ada ruku' dan sujud.
Bezanya,bila kaum Muslimin diwajibkan sholat 5 kali sehari, penganut Kristian ortodok lebih banyak lagi, 7 kali sehari setiap 3 jam; masing-masing dua rakaat. Mereka menyebutnya: sa'atul awwal (fajar/shubuh), sa'atuts tsalis(dhuha), sa'atus sadis (dhuhur), sa'atut tis'ah (ashar), sa'atul ghurub (maghrib), sa'atun naum (Isya'), dan sa'atul layl (tengah malam).

Hal yang sama juga pada amalan puasa. Puasa wajib bagi orang Islam dilakukan selama sebulan dalam setahun, dikenal dengan shaumu ramadhan. Sedang pada Kristian ortodok disebut shaumil kabir (puasa 40hari berturut-turut) yang dilakukan sekitar bulan April. Jika dalam Islam ada puasa sunah Isnin - Kamis, pada kristian ortodok dilakukan pada Rabu dan Juma'at, dalam rangka mengenang kesengsaraan Kristus.

Selain sholat dan puasa, jamaah Kristian ortodok juga mengenal zakat. Zakat, dalam ajaran Kristian ortodok, adalah satu persepuluh dari pendapatan.

Gambar2 ajaran kristian ortodok yg mungkin anda keliru ... jadi berhati2laaaa kita tentang ajaran kristian ortodok ... hebah kan laaa pada kawan2 ...Yang pasti ... ini bukan ayat al-Quran... Semoga kita semua berhati2... jangan sampai terbeli....dan digantung di rumah kita.
Sebarkanlah supaya semua teman2 kita maklum. Perhatian Kalu ternampak penghujungnya ditulis Surah Injilu Matay terus reject.

Rasenyer ok la untuk setkt ni.ni pun ngntuk sebenarnyer...hehe k wassalam...

08 Julai 2009

9 ANAK SYAITAN

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:

1. Zalituun

- Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
- Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin

- Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan

- Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
- Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

- Berkawan baik dengan kaki botol.
- Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah

- Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah.
- Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6. Masuud

- Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

- Duduk di pintu rumah kita.
- Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan

- Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus

- Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

10. Isetan.( YANG PALING BAHAYA DAN DITAKUTI )

- Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah klang, singapore, Beijing &.....
- Kebaikan: Memberi potongan harga pada Karnival jualan
- Keburukan: Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan: Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.