• Tanda 100 hari sebelum hari mati
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.
Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru
disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati
daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi
mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati
maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran
atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah
peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan
diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan
sesudah mati.
• Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda
ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan
berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
Maka
malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita
sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
Adapun
malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut
nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
• Tanda 7 hari
Adapun
tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya
berselera untuk makan.
• Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.
Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan
orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata
hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya
akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya
dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
• Tanda 1 hari
Akan
berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita
tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
• Tanda Akhir
Akan
berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di
bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan
naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Adapun
tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan
dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita
kepada tanda-tanda ini.
Sesungguhnya
marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di
antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi
kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat
membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari
Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan
hutang piutang kita.
Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat
Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani
maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh
diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa
dari orang lain.
Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT
semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa
semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan
masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk
mencari
keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.
Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.
02 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan