02 Julai 2009

RENUNGAN BERSAMA

Cerpen Ahlul Quran: Bicara Cinta Huffaz

Selesai berdoa seperti kelaziman, dia meraup wajahnya. Sunat selepas maghrib menjadi penutup ibadah senjanya lewat petang itu. Hajat memang ada untuk sama-sama meraih pahala berganda di masjid, namun keletihan diri terlebih dahulu merantai keinginan mulia itu. Serik rasanya beradu kekuatan di padang bola bersama dengan geng-geng KIBA. Ganas, agresif dan kasar. Semuanya bersatu dan berpadu dan membuahkan natijah yang kurang menyenangkannya. Tersungkur jugak dia dibentes lawan. Tangannya mencapai minyak habbatussauda’ untuk disapukan pada bahagian yang sudah nampak lebam biru kehitaman. Kakinya hampir saja kejang.

Aduh! Dia mengeluh. Matanya terpaku pada penanda buku unik yang terselit malu pada Tafsir Quran. Jamahan matanya menyatakan dalam kiasan nurani penanda buku itu unik rekaannya. Seunik bicara dan hujah pemberi “book mark” itu. Kemas dengan kesan “liminate”, berukuran comel 30cm panjang kali 5cm lebar. Kalimah bertinta ungu itu menarik perhatiannya malah tersemat utuh di hatinya. Terkesan siapa yang membaca hikmah puitis itu.

“Layakkah kita untuk mengasihi manusia sekiranya kasih dan cinta kita pada Pencipta manusia itu masih belum mantap. Tepuklah dada tanyalah iman.”

Semusim pengajianku di sini,di Maahad Tahfiz Negeri Pahang, sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam pada hatiku. Alasan yang aku kemukakan semata-mata untuk mengelak apabila Ayah persoalkan tentang jodoh ternyata membuahkan satu mutiara kenangan. Kenangan yang menautkan dua hati melalui penyatuan idea mengenai CALON SOLEHAH.

“Mencari seorang calon isteri yang solehah bolehlah kita umpamakan sebagai mencari gagak putih. Semakin ia bernilai maka lazimnya semakin susah untuk kita dapatkan. Agaknya inilah penyebab ramainya anak muda yang masih mencari-cari jodoh sedangkan umur semakin meningkat…lewat menunaikan seru,”
“ Sulaiman, tak nak kahwin ke?” eh, tiba-tiba pula ayahku mengutarakan soalan cepu mas ini. Pengajianku belum lagi tamat,macam mana nak mendirikan rumah tangga....
“Bukan tak berkeinginan ayah tapi..hajat nak mencari yang solehah. Biar dunia tidak berat sebelah,” harap-harap inilah alasan yang agak kukuh. “Nak cari yang benar-benar solehah, bukanlah satu usaha yang mudah. Nak yang solat di awal waktu, hormati ibu dan ayah, pandai mengaji Quran, menutup aurat..ish, banyak sungguh ciri-ciri kamu Sulaiman..alamat, sampai ayah berumah kat batu dua lah baru sampai hajat..”
“ Susahlah ayah…yang sipi-sipi ada lah jugak jumpa…”sempat juga aku melontarkan idea spontan aku.ayah hanya menggeleng.

Pertemuan dengan Raihan berlaku secara tidak sengaja, ketika bersama-sama Ayah singgah ke warung pagi itu. Suka benar ayah dengan nasi lemak air tangan ibu saudara Raihan. Dia kurang mengenali siapa Raihan. Malah daripada cerita ibu saudaranya itu Raihan adalah anak abangnya yang tinggal di Keratong. Tamat pengajian gadis itu bermastautin sementara di kampungnya.Manis tapi jarang tersenyum. Kulit asianya terlindung di sebalik jubah labuh paras kaki dan bersarung tangan itu, dengan tudung turki bercorak flora. Tiada yang istimewa sangat! Namun peristiwa malam itu di surau ternyata membuktikan bahawa gadis itu bukanlah sebarangan gadis. Mempunyai daya tarikan pada yang tahu menilai mutiara wangian syurga ini.

“kalau Pakcik Halim nak tau,bab mencari calon isteri yang solehah…orang lelaki nak yang solehah sahaja, tapi kadangkala diri sendiri dia tak check betul-betul,” ngomel seorang gadis bernama Siti Hazila ketika perbincangan ilmiah pada malam itu apabila ayah menyatakan mengenai topik tersebut. Aku sekadar tersenyum. Kelaziman kuliah maghrib lebih berbentuk ilmiah untuk menarik golongan muda bersama-sama meluahkan pendapat. Mendengar kata-kata gadis itu aku tersenyum sendirian.
“Raihan ada sebarang pendapat?” soal ayah apabila gadis bertelekung putih itu hanya sekadar menjadi pemerhati debat tidak formal itu.
“sekadar pendapat pakcik halim…jika kita nak bakal zaujah kita seorang yang solehah, yang bertaqwa, saya ada satu tips,”riuh seketika.Ayahku yang dikenali orang dengan panggilan pakcik halim memandangku penuh tanda tanya.
“sebelum kita kaji dan telek bakal isteri kita, paling afdal kita telek diri kita dulu. Teropong dulu takat mana iman dan taqwa kita,” aku sedikit terkelu.
Macamana agaknya? Namun persoalan itu hanya berlegar-legar di fikiran kosong aku, tidak terluah.
“nak dapat bakal isteri yang solehah, paling penting syarat utamanya solehkan dulu diri anda. Di sinilah dapat kita kaitkan konsep bakal isteri yang solehah untuk bakal suami yang soleh. Tabur ciri-ciri suami soleh dalam diri. Siramkan sahsiah mulia dengan sifat mahmudah lelaki soleh. Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapat bernas itu.Hisyam,sahabatku yang turut sama menemaniku malam itu tersenyum kambing...mentang-mentanglah tak lama lagi nak di Ijab qabul dengan tunangnya Siti Hazila,berlagak ek....
“tapi, ada jaminan ke kita akan mendapat bakal isteri yang solehah?” ada qariah muda bernama Farina berani untuk mengutarakan soalan.
“Bergantung pada diri kita sebenarnya. Suburnya ciri-ciri lelaki soleh pada diri kita insya Allah akan meningkatkan iman dan taqwa kita. Semakin cerahlah peluang untuk kita mendapat calon yang solehah. Jodoh adalah kerja Allah. Ingatlah jaminan Allah dalam surah Nisa’ bahawa lelaki yang soleh telah ditetapkan akan dipertemukan dengan perempuan yang solehah. Lelaki yang mukmin untuk perempuan yang mukminat.”
Raihan melepas lelah barangkali. Lalu dia tersenyum. “ teruskan usaha mencari calon yang solehah. Tapi, dalam masa yang sama tingkatkan nilai kesolehan anda. Inilah strategi serampang dua mata. Cuma satu nasihat saya, jangan letakkan syarat bakal zaujah itu terlalu tinggi,”
“Kenapa pulak?” Tanyaku sambil membeliakkan dua ulas mata.
“bukankah hakikat sebuah perkahwinan adalah saling melengkapi. insyaAllah jika ada yang kurang pada bakal zaujah, tampunglah selepas perkahwinan tersebut. Hal iman dan taqwa janganlah diambil remah. Jangan nak berlebih dan berkurang dalam hal mencari pasangan kita. Mengambil kata-kata daripada laman Kemudi hati dalam Anis kelolaan penceramah bebas yang masyur,ustazah fatimah zahra, kebanyakan lelaki menilai dan meletakkan piawaian yang tinggi untuk bakal zaujahnya tetapi merendahkan piawaian itu untuk dirinya…itu adalah silap tafsir.”
Alhamdulillah, sekarang terbuka sudah pemikiran ruang lingkup. Aku tersenyum. Terima kasih Raihan.Ayahku juga tersenyum. Ada hikmah di sebalik semua ini.

******************

“sulaiman, ada surat untuk anta daripada Malaysia…”kenyitan mata zikrillah sewaktu menyerahkan surat bersampul ungu itu diikuti dengan gelak tawa rafiknya yang lain mematikan lamunannya.

Senyuman yang berbunga di bibir zikrillah seolah-olah memberitahunya bahawa warkah itu sudah pastinya daripada tunangannya,syarifah Azimah.. calon pilihan ayah, dan juga hatinya sendiri yang kini sedang meneruskan pengajian peringkat sarjana Undang-undang di Universiti Islam Malaysia. Alhamdulillah, gadis inilah yang telah menemukannya titik noktah pencarian calon solehah.Insya Allah aku akan melamarnya selepas tamat pengajianku di Universiti Yarmouk ini..
Syukur Ya Allah.

cinta kalau bahasanya hati...itulah cinta hakiki
kasih jika dasarnya Rabbi...itulah kasih sejati
cinta ini pasti diuji kerana itu sudah tradisi janji...

Tiada ulasan: